Wednesday, July 11, 2012

Peratusan

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Pecahan dengan 100 sebagai penyebut (denominator) dipanggil sebagai peratusan (percentage). Dalam kes ini, pengangka (numerator) mewakili nombor/bilangan bahagian-bahagian dalam setiap 100.

Simbol % digunakan bagi mewakili peratusan.

Contoh 1:
80/100 dinyatakan sebagai 80%, dimana;
  • 80/100 adalah pecahan dengan 100 sebagai penyebut,
  • 80% dibaca sebagai 'lapan puluh peratus' (eighty per cent).
14% dinyatakan sebagai 14/100.

    Contoh 2:
    Ungkapkan 53% sebagai suatu pecahan (fraction).
    Jwb:
    53% = 53/100

    Menukarkan pecahan dan perpuluhan kepada peratusan, dan sebaliknya.

    Untuk menukar pecahan atau nombor perpuluhan kepada peratusan:
    1. Kaedah 1: Tukarkan penyebut (pecahan) kepada 100.
    2. Kaedah 2: Darabkan pecahan atau nombor perpuluhan dengan 100%.

    Contoh 3:
    Ungkapkan setiap nilai berikut sebagai peratusan.
    • 2/5
      Jwb:
      2/5 = (2 x 20) / (5 x 20) = 40/100 = 40%
      atau 2/51 x 10020% = 40%

    • 1/2
      Jwb:
      1/2 = (1 x 50) / (2 x 50) = 50/100 = 50%
      atau 1/21 x 10050% = 50%

    • 0.3
      Jwb:
      0.3 = 3/10 = (3 x 10) / (10 x 10) = 30/100 = 30%
      atau 0.3 x 100% = 30%

    • 0.42
      Jwb:
      0.42 = 42/100 = 42%
      atau 0.42 x 100% = 42%

    Untuk menukar peratusan ke dalam pecahan atau perpuluhan:
    Bahagikan peratusan tersebut dengan 100%.

    Contoh 4:
    Tukarkan setiap yang berikut kepada:
    i) Pecahan
    ii) Nombor perpuluhan (decimal number)
    • 85%
      Jwb:
      i) 85% = 85/100 = 17/20 (Jawab dalam pecahan yang terendah)
      ii) 85% = 85/100 = 0.85 (Jawab dalam bentuk perpuluhan)

    • 48%
      Jwb:
      i) 48% = 48/100 = 12/25 (Jawab dalam pecahan yang terendah)
      ii) 48% = 48/100 = 0.48 (Jawab dalam bentuk perpuluhan)

    'Follow' to get notification of blog updates

    Google+ Followers