Wednesday, January 30, 2013

Panjang


Mengukur panjang sesuatu objek

Panjang (length) adalah jarak antara dua titik (distance between two point) pada suatu garis lurus (straight line).

Dalam sistem metrik (metric system), unit piawai bagi ukuran panjang ialah;
  • milimeter, mm (millimetre)
  • sentimeter, cm (centimetre)
  • meter, m (metre)
  • kilometer, km (kilometre)

Pembaris (ruler) atau pita pengukur (measuring tape) boleh digunakan untuk mengukur panjang.

Panjang suatu lengkungan (curve) juga boleh diukur dengan menggunakan benang dan pembaris.


Contoh 1

Mengukur suatu garis lurus yang diberi, AB.


Menukarkan unit metrik

Bagi memudahkan untuk mengukur dan membandingkan (compare) panjang sesuatu objek, sistem piawai (standard system) begi pengukuran digunakan.

Sistem piawai bagi pengukuran, yang biasa digunakan di negara kita adalah sistem metrik.

Dalam sistem metrik, unit piawai bagi panjang boleh ditukar (converted) ke satu unit yang lebih besar atau lebih kecil, menggunakan peraturan berikut.

dimana,
1 cm = 10 mm
1 m = 100 cm
1 km = 1 000 m


Contoh 2

Tukarkan yang berikut;
  • 8 945 m kepada km
    Jwb:
    = 8 945 / 1000 = 8.945 km

  • 3 297 km kepada m
    Jwb:
    = 3 297 x 1000 = 3 297 000 m

  • 50.7 cm kepada mm
    Jwb:
    = 50.7 x 10 = 507 mm

  • 25 m 7 cm kepada cm
    Jwb:
    = (25 x 100) cm + 7 cm = (2 500 + 7) cm = 2 507 cm


Menganggar panjang suatu objek dalam unit yang sesuai

Panjang sesuatu objek boleh dianggarkan menggunakan unit yang sesuai (appropriate unit).

Dalam sistem metrik, unit asas untuk mengukur panjang adalah meter.

Bagi suatu objek yang pendek, seperti ketebalan majalah, kita boleh menggunakan unit cm atau mm.

Bagi sesuatu yang lebih panjang, seperti jarak antara 2 negeri, kita boleh menggunakan unit m atau km.


Contoh 3

Nyatakan unit yang sesuai digunakan bagi mengukur panjang yang berikut;
  • Kedalaman sungai
    Jwb: Meter, m

  • Ketebalan kanta cermin mata
    Jwb: Milimeter, mm


Penyelesaian masalah berkaitan panjang

Bagi mencari jumlah (sum) atau perbezaan (difference) antara dua panjang, pastikan bahawa setiap panjang adalah dalam unit yang sama.

Panjang juga boleh didarab (multiply) atau dibahagi (divide).

Thursday, January 10, 2013

Anu


Anu (unknowns) ialah suatu kuantiti yang belum ditentukan nilainya (unknown value).

Anu biasanya ialah suatu kuantiti yang boleh disukat atau dibilang/hitung.

Anu biasanya diwakili oleh simbol bergambar atau huruf abjad yang sesuai.

Kadang-kadang sesuatu simbol atau huruf abjad digunakan untuk mewakili sesuatu objek dan bukan anu.


Contoh 1

Tentukan anu (unknown) bagi setiap yang berikut.
  • Ali mempunyai banyak guli. 
    Jwb: Bilangan guli yang dimiliki oleh Ali adalah anu.

  • Ramai peserta marathon yang gagal menamatkan larian mereka. 
    Jwb: Bilangan peserta marathon adalah anu.


Contoh 2

  • Kereta M berharga RMp. Kenalpasti objek dan anu.
    Jwb: M mewakili objek (model kereta) dan p mewakili anu (harga kereta).


Saturday, January 5, 2013

Membaca dan Menulis Integer


Integer ialah nombor bulat (whole number) yang mempunyai tanda positif (positive sign), atau tanda negatif pada sebelumnya (negative sign), dan juga termasuklah sifar (zero).

Integer positif (positive integers) adalah nombor bulat yang lebih besar daripada sifar. Integer positif boleh ditulis tanpa tanda '+' pada sebelumnya. Contohnya, +7 biasanya ditulis sebagai 7 sahaja.

Integer negatif (negative integers) adalah nombor bulat selain daripada sifar, dan mempunyai tanda '-' pada sebelumnya. Contohnya, -3, -5.

Tanda sesuatu integer adalah dibaca terlebih dahulu sebelum nombornya. Contohnya;
  • -3 dibaca sebagai 'negatif 3'.
  • +7 dibaca sebagai 'positif tujuh' atau 'tujuh' sahaja.

Sifar, 0, adalah integer yang bukan positif, juga bukan negatif kerana +0 = -0 = 0. +0 dan -0 tidak mempunyai sebarang perbezaan.

Nombor perpuluhan (decimals) dan pecahan (fractions) yang bertanda '+' atau '-' adalah bukan integer kerana nombor perpuluhan dan pecahan bukan merupakan nombor bulat.

Integer digunakan dalam situasi kehidupan harian kita. Sebagai contoh, suhu takat didih air adalah 100ºC dan takat beku air adalah 0ºC. Suhu di bawah 0 darjah Celsius, misalnya 8 darjah di bawah 0 (sifar) darjah, adalah ditulis sebagai 'negatif 8 darjah Celsius'.

Integer dapat diwakili pada satu garis lurus yang dinamakan garis nombor integer (integers number line).