Tuesday, November 15, 2011

Nombor Bulat

Nombor 0, 1, 2, 3, ..., 50 ..., 8614, ... yang digunakan dalam proses pengiraan dipanggil 'nombor bulat' (whole numbers).

Nombor bulat terdiri daripada angka 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9  yang boleh ditulis dalam perkataan atau angka.

Nombor 1, 2, 3, 4, ... dipanggil nombor tabii / asli (natural numbers). Set tiga titik dibelakang nombor-nombor tersebut menunjukkan bahawa corak terus-menerusnya yang juga dipanggil elipsis (ellipsis).

Setiap angka nombor bulat mewakili nilai tertentu mengikut kedudukan nilai angka dalam nombor tersebut. Sebagai contoh, nilai bagi setiap angka dalam nombor 4,128,925 adalah seperti berikut;
  • Juta - angka 4
  • Ratus ribu - angka 1
  • Puluh ribu - angka 2
  • Ribu - angka 8
  • Ratus - angka 9
  • Puluh -angka 2
  • Unit - angka 5

Nilai bagi setiap angka dalam nombor boleh ditunjukkan dengan menggunakan jadual. Kedudukan angka dalam sesuatu nombor menunjukkan nilainya.

Nombor
Nilai angka 5
Nilai angka 3
5 643
5 000
3
2 358
50
300

.
Menghitung nombor bulat

  • Hitung dalam gandaan sepuluh dari 20 hingga 50
    (Jwb: 20, 30, 40, 50)
  • Hitung dalam gandaan dua dari 4 hingga 20
    (Jwb: 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18, 20)
  • Hitung dalam pengurangan lima dari 30 hingga 10
    (Jwb: 30, 25, 20, 15, 10)
  • Hitung dalam pengurangan seratus dari 1100 hingga 500
    (Jwb: 1100, 1000, 900, 800, 700, 600, 500)

Menulis nombor bulat dalam perkataan

  • 1 020 (Jwb: Seribu dua puluh)
  • 19 503 (Jwb: Sembilan belas ribu lima ratus tiga)
  • 634 202 (Jwb: Enam ratus tiga puluh empat ribu dua ratus dua)
  • 1 007 032 (Jwb: Satu juta tujuh ribu tiga puluh dua)

Menulis nombor bulat dalam bentuk angka

  • Lima ratus tiga puluh empat (Jwb: 534)
  • Dua belas ribu tujuh puluh (Jwb: 12 070)
  • Lima ratus dua puluh empat ribu, dua ratus empat puluh dua (Jwb: 524 242)
  • Dua puluh satu juta, tujuh ribu empat puluh lapan (Jwb: 21 007 048)

Mengenal pasti nilai tempat
  • 24 763
    •  2 - puluh ribu
    •  4 - ribu
    •  7 - ratus
    •  6 - puluh
    •  3 - unit
  • 374 125
    • 3 - ratus ribu
    • 7 - puluh ribu
    • 4 - ribu
    • 1 - ratus
    • 2 - puluh
    • 5 - unit

Mengenal pasti nilai angka dalam nombor bulat

  • Kenal pasti nilai angka 6 dalam nombor 36 052
    Jwb: Nilai tempat angka 6 adalah ribu. Oleh itu nilai angka 6 adalah 6000.
  • Kenal pasti nilai angka 7 dalam nombor 472 351
    Jwb: Nilai tempat angka 7 adalah puluh ribu. Oleh itu nilai angka 7 adalah 70 000.

Nombor bulat boleh di'bundarkan' (rounded off) kepada nilai tempat tertentu mengikut ketepatan yang diperlukan.

Kaedah untuk pembundaran (rounding off) nombor bulat kepada nilai tempat yang diberi adalah seperti berikut;
  1. Cari angka di sebelah kanan nilai tempat yang diberi.
  2. Jika angka ini adalah kurang dari 5, biarkan angka pada nilai tempat tersebut tidak berubah.
  3. Jika angka ini adalah 5 atau lebih, maka tambahkan 1 pada angka dalam nilai tempat yang diberi dan gantikan setiap angka di sebelah kanan dengan 0.

Pembundaran nombor bulat

Bundarkan 37 268 yang nilai yang terhampir
  • Ribu
    1. Nilai tempat yang diberi, ribu = 7.
    2. Angka disebelah kanan nilai tempat yang diberi adalah 2 (2<5 ).
    3. Biarkan angka 7 tidak berubah dan gantikan kesemua angka di sebelah kanan angka 7 dengan 0.
    Oleh itu pembundaran 37 268 kepada nilai ribu yang terhampir adalah 37 000.

  • Puluh ribu
    1. Nilai tempat yang diberi, puluh ribu = 3.
    2. Angka disebelah kanan nilai tempat yang diberi adalah 7 (7>5).
    3. Tambahkan 1 pada angka 3 dan gantikan kesemua angka di sebelah kanan angka 3 dengan 0.
    Oleh itu pembundaran 37 268 kepada nilai puluh ribu yang terhampir adalah 40 000.

2 comments: