Sunday, November 20, 2011

Operasi Gabungan

Operasi gabungan (Combined operation)

Operasi gabungan
Arahan operasi
+ dan -
Lakukan + dan – dari kiri ke kanan
X dan ÷
Lakukan x dan ÷ dari kiri ke kanan
+, -, x dan ÷
Lakukan x dan ÷ dahulu, kemudian diikuti dengan + dan – dari kiri ke kanan
+, -, x, ÷ dan ( )
Lakukan pengiraan didalam kurungan dahulu, kemudian diikuti dengan x dan ÷ , dan akhir sekali barulah lakukan + dan – dari kiri ke kanan

Pengiraan yang melibatkan kombinasi penambahan dan pengurangan (Addition and subtraction)

Nilaikan
  • 334 + 729 - 507
    334 + 729 - 507 = 1 063 - 507
    = 556
  • 2 435 - 342 + 250
    2 435 - 342 + 250 = 2 093 + 250
    = 2 343

Pengiraan yang melibatkan kombinasi pendaraban dan pembahagian (Multiplication and division)

Nilaikan
  • 72 x 50 ÷ 18
    72 x 50 ÷ 18 = 3 600 ÷ 18
    = 200
  • 567 ÷ 7 x 3
    567 ÷ 7 x 3 = 81 x 3
    = 243


Pengiraan yang melibatkan kombinasi + , - , x dan ÷

Kira
  • 16 x 9 + 55 ÷ 11
    Lakukan operasi x dan ÷ dahulu
    16 x 9 + 55 ÷ 11 = 144 + 5
    = 149
  • 136 ÷ 8 x 4 - 23
    Lakukan operasi ÷ dan x dahulu, dari kiri ke kanan
    136 ÷ 8 x 4 - 23 = 17 x 4 - 23
    = 68 - 23
    = 45


Pengiraan yang melibatkan kombinasi

Dapatkan nilai setiap yang berikut.
  • 272 ÷ (40 - 8 x 3) + 57
    Lakukan pendaraban dahulu diikuti dengan pengurangan, di dalam kurungan.
    272 ÷ (40 - 24) + 57 = 272 ÷ 16 + 57
    Lakukan pembahagian dahulu diikuti dengan penambahan
    = 17 + 57
    = 74
  • (7 x 9 + 5)(10 - 21 ÷ 7)
    Lakukan pendaraban dan pembahagian dahulu
    = (63 + 5)(10 - 3)
    Kemudian lakukan penambahan dan pengurangan
    = (68)(7)
    = 476


Penyelesaian masalah melibatkan operasi gabungan

Pak Ali menjualkan tanahnya pada harga RM473 000. Setelah dia menyimpan RM95 000 di bank, Pak  Ali berhasrat untuk mengagih baki wang tersebut kepada 8 orang anaknya secara sama-rata. Dapatkan jumlah wang yang akan diterima oleh setiap anaknya.

Jwb:
Jumlah wang yang akan diterima oleh setiap anaknya
= RM(473 000 - 95 000) ÷ 8
= RM378 000 ÷ 8
= RM47 250


2 comments: