Wednesday, December 28, 2011

Pendaraban dan Pembahagian Integer


Mendarabkan integer

Pendaraban suatu integer dengan integer positif adalah penambahan yang berulang-ulang integer tersebut.

Peraturan untuk pendaraban integer.
  • Hasil pendaraban dua integer adalah positif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda yang sama seperti (a) dan (d) dalam jadual di atas.
  • Hasil pendaraban dua integer adalah negatif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda yang tidak sama seperti (b) dan (c) dalam jadual di atas.
  • Hasil pendaraban suatu integer dengan sifar (zero) akan sentiasa sifar seperti (e) dan (f) dalam jadual di atas.

Contoh 1
Cari hasil darab yang berikut:
  • 25 x (-4)
    Jwb:
    (+) x (-) = -
    = - (25 x 4)
    = -100

  • (-15) x (-6)
    Jwb:
    (-) x (-) = +
    = + (15 x 6)
    = 90

  • (-18) x 0
    Jwb:
    = 0

  • 4 x (-2) x (-3)
    Jwb:
    = 4 x [(-2) x (-3)]
    (-) x (-) = +
    = 4 x 6
    = 24

  • (-7) x 3 x (-4)
    Jwb:
    = [(-7) x 3] x (-4)
    (-) x (+) = -
    = (-21) x (-4)
    (-) x (-) = +
    = 84

Penyelesaian masalah yang melibatkan pendaraban integer.

Contoh 2
Paras air di empangan menurun 5cm setiap hari. Berapakah jumlah penurunan paras air selepas 17 hari?
Jwb:
Tahap penurunan air dalam sehari = 5 cm [ditulis sebagai -5 cm]
Tahap penurunan air selepas 17 hari = 17 x (-5 cm) = -85 cm
Jumlah penurunan paras air selepas 17 hari adalah 85 cm.


Pembahagian integer

Pembahagian integer dengan integer positif adalah satu proses perkumpulan yang sama atau perkongsian.

Pembahagian integer negatif oleh integer negatif adalah juga satu proses perkumpulan yang sama.

Kaedah-kaedah bagi pembahagian integer.

Contoh 3
Cari hasil bahagi yang berikut:
  • (-30) ÷ 6
    Jwb:
    (-)  ÷  (+) = -
    (-30)  ÷  6 = -5
  • 50  ÷  (-10)
    Jwb:
    (+)  ÷ (-) = -50  ÷  (-10) = -5
  • (-84)  ÷  (-7)
    Jwb:
    (-)  ÷ (-) = +
    (-84) 
    ÷ (-7) = 12

Penyelesaian masalah yang melibatkan pembahagian integer.

Contoh 4
Harga satu saham jatuh dari 132 sen kepada 45 sen dalam 3 hari. Kira purata kejatuhan harga saham setiap hari.
Jwb:
Kejatuhan harga dalam 3 hari = (132 - 45) sen = 87 sen
[perubahan harga = -87 sen]
Kejatuhan harga dalam 1 hari = 87 sen ÷ 3 = 29 sen
Oleh itu, purata kejatuhan harga saham setiap hari adalah 29 sen.

16 comments:

  1. yang (-8)x0
    jawapan dia =0 atau pon negatif kosong

    ReplyDelete
  2. cara cikgu bleh guna dalam exam ke

    ReplyDelete
  3. cikgu penyelesaian masalah contoh 2 jawapan dia =85 cm /-85cm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahap penurunan paras air = -85 cm (tanda -ve utk menunjukkan penyusutan/pengurangan)...

      Jumlah penurunan paras air = 85 cm (untuk menyatakan kuantiti air yang menyusut)

      Delete
  4. salam, cikgu.sya nak mtx kebenaran untuk gune nota cikgu.boleh ke?

    ReplyDelete
  5. salam cikgu..minta kebenaran utk menggunakan note cikgu ya..

    ReplyDelete
  6. Terimakasih cikgu. Explanation yang simple untuk difahami

    ReplyDelete
  7. Terimakasih cikgu. Explanation yang simple untuk difahami

    ReplyDelete
  8. cikgu, saya Lebih faham

    ReplyDelete
  9. cikgu kalau penyelesaian masalah macam mana nak tau itu pendaraban atau pembahagian??

    ReplyDelete
  10. Kalau xde nilai
    Cth -(4+2×)
    = -4-2× ke?

    ReplyDelete
  11. Cikgu kalau keadaan diberi -2<k<2 macam mana buat cikgu

    ReplyDelete