Tuesday, December 25, 2012

Poligon Sekata


Poligon sekata (regular polygon) ialah poligon yang mempunyai:
  1. Sisi sama panjang (equal sides).

  2. Saiz sudut pedalaman yang sama (equal interior angles).


Menentukan paksi simetri poligon sekata

Semua poligon sekata dengan n sisi, mempunyai n kali paksi simetri.

Contoh:

Poligon: Segi tiga sama sisi
Bilangan sisi, n = 3
Bilangan paksi simetri, n = 3



Poligon: Pentagon sekata
Bilangan sisi, n = 5
Bilangan paksi simetri, n = 5

** Paksi simetri juga boleh diselesaikan dengan melukiskan bentuknya ke atas sehelai kertas, kemudian lipatkan kertas itu secara sekata. Garis lipatan mewakili sebagai paksi simetri.


Melukis poligon sekata

Poligon sekata boleh dilukis di atas kertas grid atau pencontoh.

Contoh:



Poligon sekata juga boleh dilukis dengan menggunakan protraktor (protractor).


Friday, December 21, 2012

Kuasa Dua Nombor


Kuasa dua suatu nombor (square of a number) adalah produk apabila suatu nombor didarabkan dengan dirinya sendiri (multiplied by itself).

Contohnya:
  • Kuasa dua bagi 6 ialah 6 x 6 = 36
  • Kuasa dua bagi 1/3 ialah 1/3 x 1/3 = 1/9
  • Kuasa dua bagi -0.4 ialah (-0.4) x (-0.4) = 0.16 

Kuasa dua suatu nombor ditulis menggunakan tanda kuasa dua (square notation).

Contohnya:
  • (-2) x (-2) ditulis sebagai (-2)²
  • 1/8 x 1/8 ditulis sebagai (1/8)²

adalah dibaca sebagai ‘4 kuasa dua’ atau ‘kuasa dua bagi 4’.

Notasi/tanda kuasa dua diperkembangkan untuk mendapatkan pelbagai hasil nombor kuasa dua.


Contoh 1

Tuliskan kuasa dua setiap nombor berikut dalam bentuk nombor apabila didarab dengan dirinya sendiri.

a) 21
Jwb: Kuasa dua bagi 21 = 21 x 21

b) -15
Jwb: Kuasa dua bagi -15 = (-15) x (-15)

c) 4/5
Jwb: Kuasa dua bagi 4/5 = (4/5) x (4/5)

d) -5/9
Jwb: Kuasa dua bagi -5/9 = (-5/9) x (-5/9)

e) 0.8
Jwb: Kuasa dua bagi 0.8 = 0.8 x 0.8

f) -2.9
Jawab: Kuasa dua bagi -2.9 = (-2.9) x (-2.9)


Contoh 2

Tuliskan nombor-nombor berikut dengan menggunakan tanda kuasa dua.

a) (-26) x (-26)
Jwb: (-26) x (-26) = (-26)²

b) (-7/8) x (-7/8)
Jwb: (-7/8) x (-7/8) = (-7/8)²

c) 8.8 x 8.8
Jwb: 8.8 x 8.8 = 8.8²


Contoh 3

Tulis setiap nombor berikut dalam bentuk yang diperkembangkan (expanded form).

a) 25²
Jwb: 25² = 25 x 25

b) (-5/6)²
Jwb: (-5/6)² = (-5/6) x (-5/6)

c) (-7.4)²
Jwb: (-7.4)² = (-7.4) x (-7.4)