Wednesday, December 7, 2011

Sitegiant.my - "I want to sell online!!"
All in one powerful shopping cart, Selling online is very EASY now!

Faktor Perdana

Faktor perdana (prime factor) bagi suatu nombor bulat adalah, nombor perdana yang merupakan faktor kepada nombor tersebut.


Mengenal pasti faktor perdana dari senarai faktor.

Contoh:
Diberi 1, 2, 4, 7, 8, 14 dan 56 ada faktor kepada 56. Kenal pasti semua faktor perdana kepada 56.

Jwb:
Antara faktor kepada 56, 2 dan 7 adalah nombor perdana. Oleh itu, faktor perdana kepada 56 adalah 2 dan 7.


Mencari faktor perdana nombor bulat.

Contoh:
Dapatkan faktor perdana nombor berikut:
  • 100
    Kaedah 1 - Senaraikan semua faktor kepada 100.
    Faktor kepada 100 adalah 1, 2, 4, 5, 10, 20, 25, 50 dan 100. Antara semua faktor tersebut, 2 dan 5 adalah nombor perdana. Oleh itu, faktor perdana kepada 100 adalah 2 dan 5.

    Kaedah 2 - Menggunakan algoritma (pembahagian berulang oleh faktor perdana).
    Oleh itu, faktor perdana kepada 100 adalah 2 dan 5.

    Kaedah 3 - Menggunakan gambarajah pokok (factor tree diagram).
    Daripada gambarajah, faktor perdana kepada 100 adalah 2 dan 5.


  • 72
    Kaedah 1 - Senaraikan semua faktor kepada 72.
    Faktor kepada 72 adalah 1, 2, 3, 4, 6, 8, 9, 12, 18, 24, 36 dan 72. Antara semua faktor tersebut, 2 dan 3 adalah nombor perdana. Oleh itu, faktor perdana kepada 72 adalah 2 dan 3.

    Kaedah 2 - Menggunakan algoritma (pembahagian berulang oleh faktor perdana).
    Oleh itu, faktor perdana kepada 72 adalah 2 dan 3.

    Kaedah 3 - Menggunakan gambarajah pokok (factor tree diagram).
    Daripada gambarajah, faktor perdana kepada 72 adalah 2 dan 3.


6 comments:

  1. Alhamdulillah...sng sgt nk fhm dgn formula yg cikgu bg
    terima kasih bebnyk cikgu

    ReplyDelete
  2. I know how to do it! Thanks for the help that's why i like this website to add more my well work.

    ReplyDelete