Faktor Sepunya (common factors) beberapa nombor bulat adalah nombor yang merupakan faktor setiap nombor-nombor tersebut.
Faktor Sepunya Terbesar, FSTB (Highest Common Factor, HCF) beberapa nombor yang diberi adalah nombor terbesar yang merupakan faktor setiap nombor-nombor tersebut.
Mencari faktor sepunya bagi dua atau tiga nombor bulat.
Contoh 1:
Cari faktor sepunya bagi;
- 18 dan 54.Jwb:Faktor bagi 18: 1, 2, 3, 6, 9, 18Faktor bagi 54: 1, 2, 3, 6, 9, 18, 27, 54Faktor Sepunya bagi 18 dan 54 adalah 1, 2, 3, 6, 9 dan 18.
- 9, 15 dan 21.Jwb:Faktor bagi 9: 1, 3, 9Faktor bagi 15: 1, 3, 5, 15Faktor bagi 21: 1, 3, 7, 21Faktor Sepunya bagi 9, 15 dan 21 adalah 1 dan 3.
Menentukan samada suatu nombor itu adalah faktor sepunya bagi dua atau tiga nombor yang diberi.
Contoh 2:
Tentukan samada;
- 12 adalah faktor sepunya bagi 84 dan 156.Jwb:84 ÷ 12 = 7156 ÷ 12 = 13Oleh itu, 12 adalah faktor sepunya bagi 84 dan 156.
- 4 adalah faktor sepunya bagi 32, 70 dan 112.Jwb:32 ÷ 4 = 870 ÷ 4 = 17 berbaki 2112 ÷ 4 = 28Oleh itu , 4 adalah bukan faktor sepunya bagi 32, 70 dan 112.
Menentukan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi dua nombor bulat.
Contoh 3:
Dapatkan faktor sepunya terbesar bagi;
- 28 dan 32.
Jwb:
Kaedah 1: Senaraikan semua faktor bagi setiap nombor.
Faktor bagi 28: 1, 2, 4, 7, 14, 28
Faktor bagi 32: 1, 2, 4, 8, 16, 32
Oleh itu, faktor sepunya terbesar bagi 28 dan 32 adalah 4.
Kaedah 2: Penggunaan algoritma (pembahagian berulang oleh faktor sepunya).
Faktor sepunya terbesar bagi 28 dan 32 adalah = 2 x 2 = 4.
- 15 dan 24.
Jwb:
Kaedah 1: Senaraikan semua faktor bagi setiap nombor.
Faktor bagi 15: 1, 3, 5, 15
Faktor bagi 24: 1, 2, 3, 4, 6, 8, 12, 24
Oleh itu, faktor sepunya terbesar bagi 15 dan 24 adalah 3.
Kaedah 2: Penggunaan algoritma (pembahagian berulang oleh faktor sepunya).
Oleh itu, faktor sepunya terbesar bagi 15 dan 24 adalah 3.
Contoh 4:
Dapatkan faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi;
- 40, 48 dan 56.
Jwb:
* Pembahagian dihentikan kerana 5, 6 dan 7 tidak mempunyai faktor sepunya yang lain daripada 1.
Oleh itu,Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi 40, 48 dan 56
= 2 x 2 x 2
= 8
- 70, 84 dan 126.
Jwb:
** Pembahagian dihentikan kerana 5, 6 dan 9 tidak mempunyai faktor sepunya yang lain daripada 1.
Oleh itu, Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi 70, 84 dan 126
= 2 x 7
= 14
27,45,60
ReplyDelete