Thursday, December 15, 2011

Faktor Sepunya dan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB)

Faktor Sepunya (common factors) beberapa nombor bulat adalah nombor yang merupakan faktor setiap nombor-nombor tersebut.

Faktor Sepunya Terbesar, FSTB (Highest Common Factor, HCF) beberapa nombor yang diberi adalah nombor terbesar yang merupakan faktor setiap nombor-nombor tersebut.

Mencari faktor sepunya bagi dua atau tiga nombor bulat.

Contoh 1:
Cari faktor sepunya bagi;
  • 18 dan 54.
    Jwb:
    Faktor bagi 18: 1, 2, 3, 6, 9, 18
    Faktor bagi 54: 1, 2, 3, 6, 9, 18, 27, 54
    Faktor Sepunya bagi 18 dan 54 adalah 1, 2, 3, 6, 9 dan 18.

  • 9, 15 dan 21.
    Jwb:
    Faktor bagi 9: 13, 9
    Faktor bagi 15: 1, 3, 5, 15
    Faktor bagi 21: 1, 3, 7, 21
    Faktor Sepunya bagi 9, 15 dan 21 adalah 1 dan 3.

Menentukan samada suatu nombor itu adalah faktor sepunya bagi dua atau tiga nombor yang diberi.

Contoh 2:
Tentukan samada;
  • 12 adalah faktor sepunya bagi 84 dan 156.
    Jwb:
    84 ÷ 12 = 7
    156 ÷ 12 = 13
    Oleh itu, 12 adalah faktor sepunya bagi 84 dan 156.

  • 4 adalah faktor sepunya bagi 32, 70 dan 112.
    Jwb:
    32 ÷ 4 = 8
    70 ÷ 4 = 17 berbaki 2
    112 ÷ 4 = 28
    Oleh itu , 4 adalah bukan faktor sepunya bagi 32, 70 dan 112.

Menentukan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi dua nombor bulat.

Contoh 3:
Dapatkan faktor sepunya terbesar bagi;
  • 28 dan 32.
    Jwb:
    Kaedah 1: Senaraikan semua faktor bagi setiap nombor.
    Faktor bagi 28: 1, 2, 4, 7, 14, 28
    Faktor bagi 32: 1, 2, 4, 8, 16, 32
    Oleh itu, faktor sepunya terbesar bagi 28 dan 32 adalah 4.

    Kaedah 2: Penggunaan algoritma (pembahagian berulang oleh faktor sepunya).

    Faktor sepunya terbesar bagi 28 dan 32 adalah = 2 x 2 = 4.

  • 15 dan 24.
    Jwb:
    Kaedah 1: Senaraikan semua faktor bagi setiap nombor.
    Faktor bagi 15: 1, 3, 5, 15
    Faktor bagi 24: 1, 2, 3, 4, 6, 8, 12, 24
    Oleh itu, faktor sepunya terbesar bagi 15 dan 24 adalah 3.

    Kaedah 2: Penggunaan algoritma (pembahagian berulang oleh faktor sepunya).

    Oleh itu, faktor sepunya terbesar bagi 15 dan 24 adalah 3.

Menentukan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi tiga nombor bulat.


Contoh 4:
Dapatkan faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi;
  • 40, 48 dan 56.
    Jwb:

    * Pembahagian dihentikan kerana 5, 6 dan 7 tidak mempunyai faktor sepunya yang lain daripada 1.

    Oleh itu,Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi 40, 48 dan 56
    = 2 x 2 x 2
    = 8

  • 70, 84 dan 126.
    Jwb:

    ** Pembahagian dihentikan kerana 5, 6 dan 9 tidak mempunyai faktor sepunya yang lain daripada 1.

     Oleh itu, Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi 70, 84 dan 126
    = 2 x 7
    = 14

1 comment: