Friday, December 30, 2011

Sifat-sifat sudut yang berkaitan dengan Rentasan Lintang dan Garisan Selari

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Mengenal pasti rentasan lintang, sudut sepadan, sudut selang-seli dan sudut pedalaman.

Rentasan lintang (transversal) ialah satu garis lurus yang bersilang dengan dua atau lebih garisan lurus yang lain.

Contoh:
AB adalah rentasan lintang (transversal).

Merujuk kepada rajah di atas, PQ adalah rentasan lintang. Apabila ia bersilang dengan dua garisan selari (parallel lines) RS dan TU, tiga jenis sudut akan terbentuk.
  • Sudut sepadan (corresponding angles):
    a dan b, e dan f
    c dan d, g dan h

  • Sudut selang-seli (alternate angles):
    b dan g, e dan d

  • Sudut pedalaman (interior angles):
    b dan e, d dan g

Mengenal pasti sifat sudut yang berkaitan dengan garisan selari.

Dengan menggunakan jangka sudut, kita boleh menunjukkan bahawa pernyataan berikut adalah BENAR.
Apabila rentasan lintang bersilang dengan dua garisan selari,
  • Sudut sepadan adalah sama.
  • Sudut selang-seli adalah sama.
  • Sudut pedalaman adalah tambahan: jumlah (hasil tambah) sudut pedalaman adalah 180° .


Sudut sepadan.
a = b, e = f
c = d, g = h


Sudut selang-seli.
a = b
c = d


Sudut pedalaman.
a + b = 180°
c + d = 180°

Kenyataan sebaliknya juga adalah benar:

Apabila rentasan lintang bersilang dengan dua garisan lurus, maka kedua-dua garisan tersebut adalah selari jika,
  • Sudut sepadan adalah sama.
  • Sudut selang-seli adalah sama.
  • Jumlah (hasil tambah) sudut pedalaman adalah 180°.

Contoh 1:
Dalam rajah dibawah, semua garis yang ditunjukkan adalah garis lurus.

a) Namakan rentasan lintal yang bersilang dengan dua garisan selari.
Jwb:
AB dan CD adalah garisan selari, manakala
KL, MN dan PQ adalah rentasan lintang.

b) Senaraikan pasangan
  • Sudut sepadan (corresponding angles).
    Jwb: 
    b dan e adalah sudut sepadan.

  • Sudut selang-seli (alternate angles).
    Jwb:
    c dan f adalah sudut selang-seli.

  • Sudut pedalaman (interior angles) diantara dua garisan selari.
    Jwb:
     a dan d adalah sudut pedalaman.


Penyelesaian masalah yang melibatkan sudut yang berkait dengan rentasan lintang.

Contoh 2:

Dalam rajah di atas, ABCD ialah satu garis lurus. Apakah nilai x?

Jwb:
BE dan CG adalah garisan selari.
Oleh itu, x + 65° = 135°     sudut sepadan
x = 135° - 65°
x = 70°

2 comments:

  1. terima kasih diatas nota2 yg cikgu berikan.... sy adalah ibu kpd anak ting 3, sy sdg mcari bahan2@ nota serta soalan2 pmr,adanya blog cgu telah byk mnolong sy dlm hal ni.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas nota2 tersebut...

    ReplyDelete

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers