Monday, January 9, 2012

Operasi Bergabung - Integer

Melaksanakan pengiraan yang melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian integer, termasuk penggunaan kurungan.

Contoh 1:
Selesaikan yang berikut:
  • -52 ÷ 13 - 16 x 6
    Jwb:
    Kira dari kiri ke kanan: ÷ dan x dilakukan dahulu.
    = -52 ÷ 13 - 16 x 6
    = -4 - 96
    = -100

  • 63 ÷ (13 - 4) x (-2)
    Jwb:
    Pertama, selesaikan dalam kurungan dahulu. (13 - 4) dilakukan terlebih dahulu.
    = 63 ÷ 9 x (-2)
    Selesaikan dari kiri ke kanan.
    = 63 ÷ 9 x (-2)
    = 7 x (-2)
    = -14

  • [(909 - 99) + (-90)] ÷ 80
    Jwb:
    Selesaikan (909 -99) terlebih dahulu.
    = (810 - 90) ÷ 80
    = 720 ÷ 80
    = 9

Contoh 2:
Seorang penjaja buah-buahan membeli 3 kotak epal. Setiap kotak mengandungi 84 biji epal. Pada hari yang sama, beliau kemudiannya menjualkan separuh daripada epal pada RM1.20 sebiji dan satu perempat daripadanya dijual pada harga RM0.90 sebiji. Berapakah hasil jualan penjaja tersebut pada hari itu?

Jwb:
Jumlah buah epal = 84 x 3 = 252

½ daripada jumlah epal tersebut = 252 ÷ 2
= 126

¼ daripada epal tersebut = 252 ÷ 4
= 63

Oleh itu, hasil jualan penjaja tersebut pada hari itu adalah;
= (126 x RM1.20) + (63 x RM0.90)
= RM151.20 + RM56.70
= RM207.90

No comments:

Post a Comment