Tuesday, January 24, 2012

Memahami Pecahan

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Apabila satu unit dari keseluruhan kuantiti dibahagikan kepada bahagian yang sama, mana-mana bahagian dalam kuantiti tersebut dipanggil sebagai pecahan unit (fractions of the unit).

Jadual dibawah menunjukkan bagaimana pecahan dibaca.

Pecahan adalah nombor yang mewakili satu atau lebih bahagian yang sama dibahagikan daripada keseluruhannya. Contohnya, Dalam rajah dibawah, setiap bahagian adalah 1 daripada 6 bahagian yang sama.


Pecahan juga boleh digunakan untuk menamakan sebahagian daripada koleksi atau satu set objek atau kumpulan. Contohnya,

Setiap pensil di atas adalah 1 daripada sekumpulan 4 pensel.

Pecahan boleh diwakili oleh gambar rajah. Contohnya,


Bahagian-bahagian yang berlorek dalam gambar rajah adalah mewakili 8 bahagian daripada 9 bahagian yang sama. Dengan kata lain, 8/9 daripada gambar rajah.


Menulis pecahan.

Pecahan ditulis dalam bentuk, dimana a adalah pengangka (numerator) dan b adalah penyebut (denominator). Contohnya,

Bilangan 1 adalah mewakili semua bahagian keseluruhannya.



Contoh 1:
Apakah pecahan yang diwakili oleh bahagian-bahagian yang berlorek dalam setiap gambar rajah di bawah?

  •  
    Jwb: 5/8



  •  
    Jwb: 1/4



  •  
    Jwb: 3/6 = 1/2

2 comments:

  1. saya mencari cari nota nota sek men dan rendah untuk membantu pembelajaran anak2 saya. baru jumpa blog cikgu naza, saya rasa blog ini sangat bagus. thanks cikgu..

    ReplyDelete
  2. Cikgu Naza ade tak nota bab4......Perpuluhan.....Blog ini memang bagus.........

    ReplyDelete

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers