Monday, February 20, 2012

Pecahan Positif dan Negatif

Pecahan boleh ditandakan pada garis nombor (number line).

Pecahan positif (positive fraction) adalah pecahan dengan atau tanpa tanda (sign) positif (+), dan mempunyai nilai yang lebih besar daripada sifar (zero). Contohnya, + 6/7, + 5/8, + 2/9 boleh ditulis tanpa tanda '+': 6/7, 5/8, 2/9.

Pecahan negatif merupakan pecahan dengan tanda negatif (-), yang mempunyai nilai yang kurang daripada sifar. Contohnya, -3/4, -1/5, -5/11.

Pada garis nombor melintang (horizontal number line), pecahan positif adalah kesemua pecahan yang disebelah kanan sifar (0), manakala pecahan negatif kesemua pecahan yang di sebelah kiri sifar (0).

Garis nombor melintang.

Pada garis nombor menegak (vertical number line), pecahan positif adalah kesemua pecahan di atas daripada sifar (0), manakala pecahan negatif adalah kesemua pecahan yang di bawah sifar (0).

Garis nombor menegak.


Melaksanakan penambahan, penolakan, pendaraban atau pembahagian pecahan.

Kaedah-kaedah untuk menambah, menolak, mendarab, atau membahagi pecahan positif dan negatif, adalah sama seperti dilakukan pada integer-integer.

Tanda kurungan (brackets) gunakan untuk membezakan operasi dari tanda-tanda nombor. Contohnya:
 +(+) = +,   +(-) = -,   -(+) = -,   -(-) = +


Contoh 1:
Selesaikan yang berikut.
  • -1/8 + (-1/3)
    Jwb:
    = -1/8 - 1/3
    GSTK (LCM) bagi 8 dan 3 adalah 24.
    = -3/24 - 8/24
    = -11/24

  • -2/7 - (-1/5)
    Jwb:
    = -2/7 + 1/5
    GSTK (LCM) bagi 7 dan 5 adalah 35.
    = -10/35 + 7/35
    = -3/35


Contoh 2:
Kirakan yang berikut.
  • 5/6 x (-7/10)
    Jwb:
    = 51/6 x (-7/102)
    = -7/12

  • -3/5 ÷ (-9/25)
    Jwb:
    -3/5 ÷ (-9/25) = -31/51 x (-255/93)
    = 5/3

3 comments:

  1. These are useful to me. Thank you very much for the help. If i get A mark Mathematics in PT3. I want to appreciate at you more.

    ReplyDelete