Mewakilkan pecahan 1/10 dan 1/100 sebagai nombor perpuluhan dan sebaliknya.
Nombor perpuluhan (decimals) adalah pecahan (fractions) yang mana penyebutnya (denominator) adalah gandaan 10, iaitu, 10, 100, 1 000, ... dan seterusnya.
Dalam rajah di bawah, kawasan berlorek mewakili 8 daripada 10 bahagian, iaitu 8/10 bahagian.
Nombor perpuluhan (decimals) adalah pecahan (fractions) yang mana penyebutnya (denominator) adalah gandaan 10, iaitu, 10, 100, 1 000, ... dan seterusnya.
Dalam rajah di bawah, kawasan berlorek mewakili 8 daripada 10 bahagian, iaitu 8/10 bahagian.
1 daripada 10 bahagian = 1/10 = 0.1
Disebabkan 1/10 = 0.1
Oleh sebab itu, 8/10 = 0.1 x 8 = 0.8
Oleh itu, nombor perpuluhan dan pecahan, adalah boleh saling ditukar (interchangeable).
Mewakilkan pecahan dengan penyebut 1, 100 dan 1 000 sebagai nombor perpuluhan.
Mana-mana pecahan dengan penyebut (denominator) 10, 100 dan 1 000 boleh diungkapkan dalam bentuk nombor perpuluhan.
Disebabkan 1/10 = 0.1,
dan 1/100 = 0.01,
dan 1/1000 = 0.001,
Oleh sebab itu 81/100 = 0.81
Bagaimana nombor perpuluhan ditulis dan dibaca?
- 4/10 = 0.4 [dibaca sebagai: kosong perpuluhan empat (zero point four)]
- 3/100 = 0.03 [dibaca sebagai: kosong perpuluhan kosong tiga (zero poit zero three)]
- 1987/1000 = 1.987 [dibaca sebagai: satu perpuluhan sembilan lapan tujuh (one point nine eight seven)]
Menukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya.
Untuk menukar pecahan kepada nombor perpuluhan:
- Bahagikan pengangka (numerator) oleh penyebutnya (denominator).
Contoh 1:
Tukarkan pecahan berikut kepada nombor perpuluhan.
Tukarkan pecahan berikut kepada nombor perpuluhan.
Untuk menukar nombor perpuluhan kepada pecahan:
- Kira bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan.
- Kemudian, tukarkan nombor perpuluhan kepada pecahan yang setara, dengan penyebutnya adalah gandaan 10.
- Permudahkan jawapan kepada sebutan (term) yang paling rendah (serendah mungkin).
Contoh 2:
Tukarkan nombor perpuluhan berikut kepada pecahan.
Tukarkan nombor perpuluhan berikut kepada pecahan.
- 0.07
Jwb:
0.07 = 7/100
0.07 (mempunyai dua digit disebelah kanan titik perpuluhan)
7/100 (penyebutnya mempunyai dua sifar/zero)
- 0.095
Jwb:
0.095 = 95/1000
0.095 (mempunyai tiga digit disebelah kanan titik perpuluhan)
95/1000 (penyebutnya mempunyai tiga sifar/zero)
- 1.568
Jwb:
1.568 = 1 + 0.568 = 1 + 568/1000
CIKGU NAZA,NOTA YG RINGKAS N LENGKAP,KLAU BOLEH SAYA NK MASUK SAMPAI BAB ALGEBRA KERANA SKOLA SAYA MENGAJAR CEPAT SNGT N SAYA X BERAPA FHM,DH BNYK BUKU RUJUKN SAYA BELI TAPI MASIH X FHM N SAYA AKN ADE UJIAN PENGGAL 2 DLM MASA 2 MINGGU LAGI, SAYA BRHARP CIKGU DPT TOLNG SAYA,SAYA KESUNTUKAN MASA... :D
ReplyDeletebaik :)
DeleteBaik
ReplyDeletebaik B)
ReplyDelete