Thursday, January 10, 2013

Anu


Anu (unknowns) ialah suatu kuantiti yang belum ditentukan nilainya (unknown value).

Anu biasanya ialah suatu kuantiti yang boleh disukat atau dibilang/hitung.

Anu biasanya diwakili oleh simbol bergambar atau huruf abjad yang sesuai.

Kadang-kadang sesuatu simbol atau huruf abjad digunakan untuk mewakili sesuatu objek dan bukan anu.


Contoh 1

Tentukan anu (unknown) bagi setiap yang berikut.
  • Ali mempunyai banyak guli. 
    Jwb: Bilangan guli yang dimiliki oleh Ali adalah anu.

  • Ramai peserta marathon yang gagal menamatkan larian mereka. 
    Jwb: Bilangan peserta marathon adalah anu.


Contoh 2

  • Kereta M berharga RMp. Kenalpasti objek dan anu.
    Jwb: M mewakili objek (model kereta) dan p mewakili anu (harga kereta).


1 comment:

  1. Untuk guru pbs borang transit pbs fleksibel utk semua subjek di http://eformrpm-pbs.blogspot.com

    ReplyDelete