Mengukur panjang sesuatu objek
Panjang (length) adalah jarak antara dua titik (distance between two point) pada suatu garis lurus (straight line).
Dalam sistem metrik (metric system), unit piawai bagi ukuran panjang ialah;
- milimeter, mm (millimetre)
- sentimeter, cm (centimetre)
- meter, m (metre)
- kilometer, km (kilometre)
Pembaris (ruler) atau pita pengukur (measuring tape) boleh digunakan untuk mengukur panjang.
Panjang suatu lengkungan (curve) juga boleh diukur dengan menggunakan benang dan pembaris.
Contoh 1
Mengukur suatu garis lurus yang diberi, AB.
Menukarkan unit metrik
Bagi memudahkan untuk mengukur dan membandingkan (compare) panjang sesuatu objek, sistem piawai (standard system) begi pengukuran digunakan.
Sistem piawai bagi pengukuran, yang biasa digunakan di negara kita adalah sistem metrik.
Dalam sistem metrik, unit piawai bagi panjang boleh ditukar (converted) ke satu unit yang lebih besar atau lebih kecil, menggunakan peraturan berikut.
dimana,
1 cm = 10 mm
1 m = 100 cm
1 km = 1 000 m
Contoh 2
Tukarkan yang berikut;
- 8 945 m kepada kmJwb:= 8 945 / 1000 = 8.945 km
- 3 297 km kepada mJwb:= 3 297 x 1000 = 3 297 000 m
- 50.7 cm kepada mmJwb:= 50.7 x 10 = 507 mm
- 25 m 7 cm kepada cmJwb:= (25 x 100) cm + 7 cm = (2 500 + 7) cm = 2 507 cm
Menganggar panjang suatu objek dalam unit yang sesuai
Panjang sesuatu objek boleh dianggarkan menggunakan unit yang sesuai (appropriate unit).
Dalam sistem metrik, unit asas untuk mengukur panjang adalah meter.
Bagi suatu objek yang pendek, seperti ketebalan majalah, kita boleh menggunakan unit cm atau mm.
Bagi sesuatu yang lebih panjang, seperti jarak antara 2 negeri, kita boleh menggunakan unit m atau km.
Contoh 3
Nyatakan unit yang sesuai digunakan bagi mengukur panjang yang berikut;
- Kedalaman sungaiJwb: Meter, m
- Ketebalan kanta cermin mataJwb: Milimeter, mm
Penyelesaian masalah berkaitan panjang
Bagi mencari jumlah (sum) atau perbezaan (difference) antara dua panjang, pastikan bahawa setiap panjang adalah dalam unit yang sama.
Panjang juga boleh didarab (multiply) atau dibahagi (divide).
No comments:
Post a Comment