Saturday, January 5, 2013

Membaca dan Menulis Integer


Integer ialah nombor bulat (whole number) yang mempunyai tanda positif (positive sign), atau tanda negatif pada sebelumnya (negative sign), dan juga termasuklah sifar (zero).

Integer positif (positive integers) adalah nombor bulat yang lebih besar daripada sifar. Integer positif boleh ditulis tanpa tanda '+' pada sebelumnya. Contohnya, +7 biasanya ditulis sebagai 7 sahaja.

Integer negatif (negative integers) adalah nombor bulat selain daripada sifar, dan mempunyai tanda '-' pada sebelumnya. Contohnya, -3, -5.

Tanda sesuatu integer adalah dibaca terlebih dahulu sebelum nombornya. Contohnya;
  • -3 dibaca sebagai 'negatif 3'.
  • +7 dibaca sebagai 'positif tujuh' atau 'tujuh' sahaja.

Sifar, 0, adalah integer yang bukan positif, juga bukan negatif kerana +0 = -0 = 0. +0 dan -0 tidak mempunyai sebarang perbezaan.

Nombor perpuluhan (decimals) dan pecahan (fractions) yang bertanda '+' atau '-' adalah bukan integer kerana nombor perpuluhan dan pecahan bukan merupakan nombor bulat.

Integer digunakan dalam situasi kehidupan harian kita. Sebagai contoh, suhu takat didih air adalah 100ºC dan takat beku air adalah 0ºC. Suhu di bawah 0 darjah Celsius, misalnya 8 darjah di bawah 0 (sifar) darjah, adalah ditulis sebagai 'negatif 8 darjah Celsius'.

Integer dapat diwakili pada satu garis lurus yang dinamakan garis nombor integer (integers number line).


4 comments: