Thursday, November 19, 2015

Menentukan sama ada suatu kuantiti itu adalah pemboleh ubah atau pemalar

Pemboleh ubah

Pemboleh ubah (variables) ialah suatu kuantiti yang tidak mempunyai nilai tetap.

Ini bermaksud pemboleh ubah boleh mengambil nilai yang berbeza bergantung kepada situasi.

Misalnya, suhu bilik di negeri Selangor dalam satu hari ialah satu pemboleh ubah kerana nilai ini mungkin berubah sepanjang hari.


Pemalar

Pemalar (constant) ialah suatu kuantiti yang mempunyai nilai tetap.

Ini bermaksud pemalar sentiasa mempunyai nilai yang sama dan tidak berubah dalam sebarang situasi.

Misalnya, tinggi Menara Kuala Lumpur (hingga ke puncak) ialah satu pemalar kerana nilainya adalah sentiasa 421 meter.


Contoh

Tentukan sama ada kuantiti dalam setiap situasi berikut ialah pemboleh ubah atau pemalar.

a) Bilangan hari dalam bulan November.

b) Harga petrol RON95 dalam jangka masa 6 bulan.

c) Masa yang diambil untuk mengemas rumah.

d) Saiz sehelai kertas yang bersaiz A3.


Penyelesaian:

a) Pemalar. Terdapat 30 hari dalam bulan November pada setiap tahun.

b) Pemboleh ubah. Harga petrol RON95 biasanya berubah pada setiap bulan.

c) Pemboleh ubah. Masa yang diambil untuk mengemas rumah adalah tidak sama pada setiap kali.

d) Pemalar. Saiz sehelai kertas bersaiz A3 ialah 297 mm x 420 mm.



1 comment:

  1. Casino Games Near Me - MapyRO
    Find Casino Games near you on MapyRO. The 강원도 출장마사지 closest casino to you, if you're in Las 구리 출장샵 Vegas and want to play online 충청북도 출장샵 slots with friends 군포 출장안마 or 과천 출장마사지

    ReplyDelete