Tuesday, December 1, 2015

Mengenal Pasti Suatu Penjelmaan

Satu penjelmaan atau pemetaan ialah padanan satu kepada satu antara titik-titik pada suatu satah.

Apabila suatu objek pada satah mengalami penjelmaan, setiap titik objek itu mengikuti corak pergerakan yang sama. Misalnya,


Dalam rajah di atas, setiap titik segi tiga ABC bergerak dengan corak yang sama dengan 4 unit ke kanan diikuti dengan 2 unit ke bawah untuk membentuk segi tiga A’B’C’.

Pergerakan ABC kepada A’B’C’ dikenali sebagai suatu penjelmaan atau pemetaan.


Contoh

Tentukan sama ada setiap yang berikut ialah suatu penjelmaan.

a) Setiap titik suatu segi tiga digerakkan melalui jarak yang sama kepada arah yang sama.

b) Pergerakan S ke T.

c) Pergerakan X ke Y.


Penyelesaian:

a) Suatu penjelmaan. [Setiap titik dalam segi tiga digerakkan dengan corak yang sama]

b) Suatu penjelmaan. [Setiap titik dalam S digerakkan dengan corak yang sama untuk mencapai T]

c) Bukan suatu penjelmaan. [Pergerakan titik-titik dalam segi tiga tidak mengikuti corak yang sama]

No comments:

Post a Comment