Monday, April 20, 2015

Mengenal pasti poligon & menamakan poligon

Mengenal pasti poligon

Poligon ialah suatu bentuk tertutup pada suatu satah yang dibatasi tiga atau lebih garis lurus sebagai sisi-sisinya.

Misalnya,


Rajah (i) ialah sebuah poligon dengan empat sisi.

Rajah (ii) BUKAN suatu poligon kerana ia bukan suatu bentuk tertutup.

Rajah (iii) BUKAN suatu poligon kerana salah satu sisinya ialah lengkungan dan bukan garis lurus.

Dalam sesebuah poligon,
  • Bucu ialah titik di mana dua sisi bertemu.
  • Pepenjuru ialah garis yang menyambungkan dua bucu yang bukan bersebelahan.
Misalnya,


Dalam sisi empat ABCD, titik A, B, C dan D ialah bucu, garis AB, BC, CD dan AD ialah sisi dan garis AC dan BD ialah pepenjuru.


Menamakan poligon

Suatu poligon dinamakan mengikut bilangan sisi yang dipunyainya.


Friday, April 3, 2015

Menganggar panjang suatu objek & perhitungan yang melibatkan panjang

Panjang suatu objek boleh dianggarkan dengan menggunakan unit yang sesuai.

Misalnya, jarak antara dua bandar biasanya dinyatakan dalam km; panjang sebuah bilik darjah dinyatakan dalam m; lebar sebuah buku dinyatakan dalam cm dan ketebalan seutas wayar dinyatakan dalam mm.

Perhitungan yang melibatkan panjang

Contoh 1

Nilaikan

a) 890 mm + 4.5 cm dan berikan jawapan dalam mm

b) 6 km 576 m + 8 km 945 m

c) 10 m 45 cm – 6.8 m

Penyelesaian:

a) 890 mm + 4.5 cm
= 890 mm + (4.5 x 10) mm
= 890 mm + 45 mm
= 935 mm

b) 6 km 576 m + 8 km 945 m
= 15 km 521 m


Kaedah Alternatif
6 km 576 m + 8 km 945 m
= 6.576 km + 8.945 km
= 15.521 km

c) 10 m 45 cm – 6.8 m
= 10 m 45 cm – [6 m + (0.8 x 100) cm]
= 10 m 45 cm – (6 m + 80 cm)
= 10 m 45 cm – 6 m 80 cm
= 3 m 65 cm


Kaedah Alternatif
10 m 45 cm – 6.8 m
= 10.45 m – 6.8m
= 3.65 m


Contoh 2
a) Nilaikan 5 m 78 cm x 6 dan berikan jawapan dalam m.

b) Nilaikan 265 km 56 m ÷ 4 dan berikan jawapan dalam km.

Penyelesaian:

a) 5 m 78 cm x 6
= [5 m + (78 ÷ 100) m] x 6
= (5 m + 0.78 m) x 6
= 5.78 m x 6
= 34.68 m

b) 265 km 56 m ÷ 4
= [265 km + (56 ÷ 1 000) km] ÷ 4
= 265.056 km ÷ 4
= 66.264 km


Penyelesaian masalah

Panjang seutas reben kuning ialah 4 m 80 cm. Panjang seutas reben merah ialah 2/3 daripada panjang reben kuning itu. Panjang seutas reben hijau ialah tiga kali panjang reben merah itu. Hitung jumlah panjang, dalam m, reben merah dan reben hijau itu.

Penyelesaian: