Saturday, March 7, 2015

Kesamaan

Hubungan antara dua kuantiti

Kesamaan (equality) ialah hubungan antara dua kuantiti yang mempunyai nilai yang sama. Simbol kesamaan ialah ‘=’, dibaca sebagai ‘sama dengan’. Contohnya;
  • 20 mm = 2 cm
  • 3 + 4 = 4 + 3
  • RM5 = 500 sen

Bagi dua kuantiti dengan nilai berlainan, simbol yang digunakan ialah ‘’, dibaca sebagai ‘tidak sama dengan’. Contohnya;
  • 20 cm ≠ 2 m
  • 1 + 2 ≠ 2 x 1
  • 7 – 3 ≠ 3 – 7


Contoh 1

Dengan menggunakan simbol ‘=’ atau ‘≠’, tulis hubungan antara pasangan kuantiti yang berikut.

a) 4 minggu, 28 hari

b) 7 + 3, 3 x 7

c) 20 m, 0.2 km

d) −3 + (−7), 5 x (−2)

Penyelesaian

a)
4 minggu = 4 x 7 hari = 28 hari
Maka, 4 minggu = 28 hari

b)
7 + 3 = 10
3 x 7 = 21
Maka, 7 + 3 ≠ 3 x 7

c)
0.2 km = 0.2 x 1000 m = 200 m
Maka 20 m ≠ 0.2 km

d)
−3 + (−7) = −10
5 x (−2) = − 10
Maka, −3 + (−7) = 5 x (−2)



Contoh 2

Ungkapkan yang berikut dalam bentuk ‘jika a = b, maka b = a’.

a) 3 tahun, 36 bulan

b) −15 ÷ 5, 4 + (−7)

Penyelesaian

a) Jika 3 tahun = 36 bulan, maka 36 bulan = 3 tahun.

b) Jika −15 ÷ 5 = 4 + (−7), maka 4 + (−7) = −15 ÷ 5.



Contoh 3

Ungkapkan yang berikut dalam bentuk ‘jika a = b dan b = c, maka a = c’.

a) 2 x 5 = 10 dan 10 = 5 + 5

b) 11 – 5 = 6 dan 6 = 2 x 3

Penyelesaian

a) Jika 2 x 5 = 10 dan 10 = 5 + 5, maka 2 x 5 = 5 + 5.

b) Jika 11 – 5 = 6 dan  6 = 2 x 3, maka 11 – 5 = 2 x 3.



No comments:

Post a Comment