Thursday, February 26, 2015

Mencari peratusan suatu nombor dengan nombor yang lain

Untuk mencari peratusan suatu nombor dengan nombor yang lain:

a) Pastikan kedua-dua nilai adalah unit yang sama.

b) Tuliskan kedua-dua nilai tersebut dalam bentuk pecahan.

c) Darabkan pecahan tersebut dengan 100%.

Contoh 1



Contoh 2

Kajian menunjukkan bahawa seekor kucing tidur sekurang-kurangnya 18 jam sehari. Apakah peratusan pada hari tersebut jika kucing itu tidur?

Penyelesaian:

Kedua-dua nilai mesti mempunyai unit yang sama (1 hari = 24 jam)



Contoh 3

Sebuah kilang mempunyai seramai 450 pekerja. 180 orang daripadanya adalah wanita. Apakah peratusan pekerja lelaki di kilang tersebut?

Penyelesaian:


Mencari Nilai Peratusan Kuantiti

Untuk mencari nilai peratusan kuantiti yang diberikan:

a) Tulis sesuatu peratusan sebagai pecahan dengan 100 sebagai penyebut (denominator).

b) Kemudian, darabkan pecahan ini dengan kuantiti yang diberikan untuk mencari nilai peratusan.

Contoh 1


Contoh 2

Terdapat 45 ekor ikan di dalam kolam Pak Ali dimana 40% daripada ikan-ikan tersebut adalah berwarna merah. Berapakah bilangan ikan yang berwarna merah tersebut?

Penyelesaian:


Tuesday, February 17, 2015

Nombor Bercampur

Nombor bercampur (mixed numbers) adalah terdiri daripada nombor bulat (whole numbers) dan pecahan (fraction). Misalnya,


Nombor bercampur juga boleh diwakili oleh gambar rajah.

Contoh

Lorekkan gambar rajah di bawah bagi mewakili nombor bercampur berikut;